Apa itu Ijtima Tabligh
- Untuk Pengetahuan Umum termasuk Media Massa -
Berikutan isu terkini Covid19, di sini sedikit penerangan apakah itu Ijtima Tabligh dan kenapa ia diadakan setiap tahun. Ijtima ini ada di semua negara kecuali negara yang usaha da'wahnya terlalu kecil untuk mempunyai Ijtima sendiri. Malaysia antara negara yang usaha dakwahnya sangat membangun justeru Malaysia telah ada Ijtima selama berbelas atau berpuluh tahun.
- KENAPA DIADAKAN -
Sepertimana perkara-perkara duniawi dibincangkan dalam konvensyen- konvensyen, dalam forum forum dan pelbagai konference, begitu juga dalam usaha da'wah. Semasa Ijtima tahunan beginilah berlakunya pertemuan dengan wakil-wakil dari semua negeri yang mana dalam urusan duniawi dipanggil "networking".
Dan semasa Ijtima inilah ramai alim ulama (para maulana, ustaz-ustaz) datang dan memberikan tazkirah atau penerangan kepada semua pekerja dakwah supaya semua sekali berada dalam satu fikir yang sama dan membuat usaha dakwah sebagai misi untuk membetulkan diri sendiri (lebih daripada membetulkan orang lain). Peringatan-peringatan penting oleh para alim ulama ini bukan sesuatu yang senang didapati kerana para Maulana ni semuanya sibuk di madrasah madrasah dan tidak selalu dapat bersama "pekerja biasa". Semasa Ijtima juga terdapat orang - orang bukan Islam datang untuk melihat cara orang Islam bergaul , dan ramai non muslim yang mengambil Syahadah selepas Ijtima kerana hati mereka terkesan dengan apa yang dilihat.
KENAPA RAMAI SEHINGGA RIBUAN
Jumlah hadirin Ijtima adalah ramai kerana di Malaysia sendiri sudah ramai yang mula membuat islah diri dan mereka ingin merasa pengalaman Ijtima itu. Semasa Ijtima kesemua solat 5 waktu dilakukan tepat pada waktu dan berjemaah, segala aspek kehidupan cuba dilakukan dalam cara Sunnah Rasulullah s.a.w. Di sebelah malam mereka bangun untuk Tahajjud dan ia pengalaman pertama bagi orang orang Islam yang baru hendak pulang ke pangkal jalan
BERLANGSUNG MESYUARAT2 PENTING
Semasa ijtima , turut berlangsung mesyuarat - mesyuarat di mana setiap negeri / negara berkongsi maklumat atau masalah masing- masing. Kenapa Ijtima Malaysia turut disertai oleh orang luar negara? Ini kerana setiap negara belajar dari negara lain apa -apa yang jemaah dakwah di tempat mereka belum cekap. Adanya wakil wakil dari New Zealand (contoh sahaja), Brunei, Australia, Singapore menghadiri Ijtima di Sri Petaling kerana mereka mahu berkongsi nota (comparing notes) dan mendengar pandangan orang yang lebih arif.
Turut datang adalah wakil -wakil dari negara yang lebih maju dakwahnya. Mereka datang atas jemputan alim ulama di Malaysia kerana Malaysia menghargai pandangan dan nasihat yang mereka boleh beri dalam rangka kerja dakwah Malaysia. Nasihat itu akan di ambil hanya jika sesuai dengan Malaysia.
HASIL IJTIMA
Pada ketika ijtima berlangsung para hadirin akan memberikan azam untuk turut serta dalam mana-mana jemaah yang akan bergerak selepas tarikh ijtima (bersesuaian dengan kemampuan diri masing masing). Maka, selepas Ijtima lah banyak keputusan dibuat dan banyak jemaah dibentuk untuk pergi ke kawasan-kawasan yang memerlukan pengorbanan orang dakwah. Ijtima adalah umpama 'morale boost' kepada pekerja pekerja dakwah sebagaimana organisasi2 gergasi mengadakan motivational program bagi pekerja.
COVID19 - ISU TERKINI
Pada pandangan penulis yang bukanlah sesiapa ini, pembatalan Ijtima MUNGKIN ada dibincangkan
sesama lembaga penganjuran . Ijtima mempunyai AJK penganjuran sendiri, bukan semua orang terlibat. Pada hemat penulis, Covid19 tentu dibincangkan cuma penulis merasakan, oleh kerana tiada sebarang arahan di peringkat nasional berkenaan perhimpunan skala besar, maka komiti penganjur berada dalam keadaan serba salah.
Hadirin yang akan hadir kebanyakkannya telah membuat persiapan perjalanan (visa, passport, tiket flight) terutamanya hadirin luar negara. Perkara ini mungkin membuat komiti penganjur berbelah bahagi samada batal atau teruskan; pada masa yang sama kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan apa- apa arahan pembatalan dan isu permit juga tidak dibangkitkan.
Jika diingat kembali, ijtima ini berlaku semasa negara sedang mengalami krisis politik yang serius; kerajaan dalam keadaan yang tidak stabil. Pada hemat saya, jika pada masa itu kerajaan sedang berurusan seperti biasa, ada kemungkinan lpermit -permit perhimpunan besar mengalami "review process" dan Ijtima akan terbatal dengan lkuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Namun ini bukan masa untuk menuding jari, sedikit terlewat untuk menyalahkan pihak tertentu tapi penulis yakin kesilapan memang wujud dalam semua pihak terlibat. Mangsa - mangsa yang hadir mungkin tidak terfikir langsung mereka akan terkena Covid19 dan pada masa ini penulis yakin seluruh ahli keluarga mereka , jiran dan rakan sekerja turut berada dalam ketakutan kerana mereka kini dikategorikan "close contact".
Kami pekerja- pekerja tabligh yang lain tidak mahu menyalahkan sesiapa atas kejadian ini kerana pihak yang tersilap itu tentu sudah sedar kesilapan mereka; kami mendoakan kesemua yang dijangkiti akan sembuh sepenuhnya dan kontak rapat mereka tidak dijangkiti.
Perlu dimaklumkan, ijtima ini tarikhnya telah ditetapkan beberapa bulan sebelum dan tarikh bukan dipilih semasa Covid19 sudah bermula. Ini mungkin menyebabkan dilema dalam beberapa pihak kerana wakil wakil pelbagai lokasi sudah sampai dan tiada keputusan jelas dari pihak berkuasa tentang penerusan/pembatalan permit.
Sumber tulisan:
- Orang Biasa

Comments
Post a Comment