Apa itu Ijtima Tabligh
- Untuk Pengetahuan Umum termasuk Media Massa - Berikutan isu terkini Covid19, di sini sedikit penerangan apakah itu Ijtima Tabligh dan kenapa ia diadakan setiap tahun. Ijtima ini ada di semua negara kecuali negara yang usaha da'wahnya terlalu kecil untuk mempunyai Ijtima sendiri. Malaysia antara negara yang usaha dakwahnya sangat membangun justeru Malaysia telah ada Ijtima selama berbelas atau berpuluh tahun. - KENAPA DIADAKAN - Sepertimana perkara-perkara duniawi dibincangkan dalam konvensyen- konvensyen, dalam forum forum dan pelbagai konference, begitu juga dalam usaha da'wah. Semasa Ijtima tahunan beginilah berlakunya pertemuan dengan wakil-wakil dari semua negeri yang mana dalam urusan duniawi dipanggil "networking". Dan semasa Ijtima inilah ramai alim ulama (para maulana, ustaz-ustaz) datang dan memberikan tazkirah atau penerangan kepada semua pekerja dakwah supaya semua sekali berada dalam satu fikir yang sama dan membuat usaha dakwah sebagai misi untu...